Jumaat, 27 Mei 2011

SOROTON KEJAYAAN MURID-MURID SKBG (KOKURIKULUM) 2011

Amesaliana binti Shahriman
- Bola jaring ( wakil Zon)
- Lontar peluru ( Rekod baru MSSZ Bera 6.32 m)

Nurzahirah binti Mohd Helmi
- Bola jaring (wakil Zon)
- Hoki (wakil Zon)
- Lontar peluru ( naib johan Zon -5.96m)

Nia Vanessa Suhana
- Catur (peringkat Negeri)

Mohd Azam b. Azman
- Bola sepak (wakil Zon)

Tiana a/p Jambi
- 4 x 200m (tempat ketiga Zon Bera)

Khamis, 12 Mei 2011

CHORAL SPEAKING COMPETITION

Tarikh: 5 May 2011


Tempat: SK Kumai

Buat pertama kalinya, SKBG telah menghantar penyertaan dalam pertandingan Choral Speaking sempena Karnival Bahasa Inggeris daerah Bera. Bagi percubaan pertama kali, pasukan SKBG telah mendapat tempat ke-8 dari 12 pasukan bertanding. Berikut video sewaktu sesi latihan.






Khamis, 14 April 2011

KEJOHANAN CATUR MSSD BERA 2011

Tarikh: 11 & 12 April 2011 Tempat: SK Mengkuang

Pasukan catur SKBG telah menyertai Kejohanan Catur MSSD Bera 2011. Pasukan catur SKBG terdiri dari:

Lelaki bawah 12 tahun Sharaizal Fazli & Amefazreeikhmal

Perempuan bawah 12 tahun Nurzahirah Mohd Helmi & Nia Vanessa Suhana


Nia Vanessa Suhana telah berjaya mendapat tempat ketiga bagi kategori perempuan bawah 12 tahun. Tahniah diucapkan !

Khamis, 7 April 2011

AKTIVITI -AKTIVITI SEPANJANG BULAN MAC

HARI SUKAN 5 MAC 2011







KEJOHANAN HOKI MSSD BERA 2011


Tarikh: 22-23 Mac, 2011


Tempat: Padang SK Bukit Gemuruh



Pasukan hoki lelaki SKBG



Pertandingan bermula...


Adat bermain....



Para peserta dari 16 buah sekolah daerah Bera berkampung di SKBG.


MSS Zon Bera 2011 MAJLIS TILAWAH AL-QURAN


Tarikh : 24 MAC 2011


Tempat: SK (Felda) Kumai, Triang.


Seperti tahun-tahun lepas, SKBG telah menghantar peserta bagi pertandingan bercerita. Berikut adalah peserta-peserta dari SKBG:


Peserta lelaki: Hairudin b. Hairi
Peserta perempuan: Nurzahirah binti Mohd Helmi Berdasarkan penyertaan wakil SKBG dalam pertandingan tersebut, beberapa rumusan telah dibuat. Antaranya, latihan dan bimbingan intensif diperlukan oleh murid untuk memantapkan ingatan dan daya bercerita murid.

Murid OA juga berpotensi untuk berjaya seperti murid-murid sekolah yang lain. Apa yang penting ialah pendedahan, bimbingan dan latihan berterusan. Diharapkan suatu hari nanti, wakil SKBG dapat menjadi johan dalam pertandingan seumpama ini.

Selasa, 1 Mac 2011

TAHNIAH PASUKAN BOLA JARING SKBG !

Pasukan Bola jaring SKBG telah mengharumkan nama sekolah dengan mendapat tempat ke-3 dalam Kejohanan Bola Jaring MSSD Bera 2011. Kejohanan tersebut telah berlangsung pada 25 Februari 2011 di SK LKTP Triang (2), Pahang.

Tahniah diucapkan kepada para pemain, jurulatih dan guru-guru penasihat pasukan bola jaring SKBG.


Isnin, 31 Januari 2011

PERTANDINGAN SEMPENA TAHUN BARU CINA 2011

PSS SKBG telah menganjurkan pertandingan mencipta kad ucapan sempena Tahun Baru Cina bagi Tahap II. Berikut adalah senarai pemenang:

Johan : Maryani (T 5)
Tempat kedua : Noryani (T6)
Tempat ketiga : Amesaliana (T6)
Tempat keempat : Azrizam (T5)




Keputusan pertandingan mewarna Tahun Baru Cina (Tahap I).

Johan : Hasmira (T3)
Tempat kedua : Hasnini (T3)
Tempat ketiga : Fazidah Lim (T2)
Tempat keempat : Rusdina (T2)


Majlis penyampaian hadiah telah diadakan pada 31 Januari 2011 sewaktu perhimpunan pagi.

Selasa, 25 Januari 2011

ACARA MERENTAS DESA SKBG 2011

Aktiviti: Merentas Desa
Tarikh : 21 Januari 2010
Jarak : 4.2 km

Berikut adalah foto-foto yang sempat dirakam.
Sesi regangan dan memanaskan badan.
Sedia untuk berlepas.

Kupon yang harus dikutip disetiap checkpoint.

Apa sudah jadi ? .....


Sesi penyampaian hadiah.



Inilah para peserta yang akan mewakili SKBG ke Kejohanan Merentas Desa MSSD Bera. Moga berjaya!



____________________________________________


Penafian: Segala catatan dan terbitan di dalam blog ini merupakan catatan peribadi dan bebas. Penulis tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan dan tanggungan yang berkaitan dengan segala yang tertera disini.