Sabtu, 20 Mac 2010

SENARAI TUGAS GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA (GPM)

  • Merancang dan mengajar mata pelajaran antara 6 hingga 8 waktu seminggu.
  • Merancang dan melaksanakan dasar dan program tahunan pusat sumber sekolah.
  • Merancang dan mengurus belanjawan tahunan pusat sumber sekolah.
  • Merancang pemerolehan dan pembinaan koleksi yang komprehensif, seimbang dan kemaskini.
  • Merancang dan melaksanakan Program Kemahiran Maklumat dan perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah yang menyokong pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran.
  • Merancang dan mengurus program pembacaan (Program NILAM) dan pembudayaan ilmu.
  • Merancang, melaksana dan menyelaras program pembangunan staf dan program latihan dalaman berhubung dengan pusat sumber sekolah.
  • Merancang dan mengurus program promosi pusat sumber sekolah.
  • Bekerjasama dengan guru-guru dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran berasaskan sumber secara kolaboratif.
  • Berhubung dan bekerjasama dengan BTPN/PKG/Perpustakaan Awam untuk meningkatkan perkhidmatan dan program pusat sumber sekolah.
  • Menyelia dan mengurus bahan-bahan pusat sumber sekolah.
  • Menyedia dan mengedar minit mesyuarat JK Induk/Kerja pusat sumber sekolah.
  • Memantau dan mengawal selia pelaksanaan program pusat sumber sekolah.
  • Melaksanakan tugas semakan stok dan inventori peralatan pusat sumber sekolah.
  • Mempromosi dan menjadi ahli Persatuan Perpustakaan/Pusat Sumber Sekolah Negeri.
  • Menjalankan penyelidikan / kajian tindakan berhubung dengan perkhidmatan pusat sumber sekolah.
  • Menyediakan laporan serta analisis pelaksanaan pembangunan, pengurusan program dan aktiviti serta kewangan pusat sumber sekolah.
  • Menghantar data dan laporan pelaksanaan Program Pusat Sumber Sekolah (Oktober) dan NILAM (April dan Oktober) kepada BTP melalui PKG dan BTPN setiap tahun.
  • Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengurusan sekolah dari semasa ke semasa.

{BUKU PANDUAN TUGAS PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH UNTUK GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA SEKOLAH (GPM) terbitan Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia, 2007)

-sumber: blog pusat sumber smkm



Jumaat, 19 Mac 2010

PERATURAN PSS


Disiplin

1. Pelajar diminta senyap apabila memasuki perpustakaan.

2. Pelajar mesti beratur semasa meminjam atau memulangkan buku.

3. Pelajar tidak dibenarkan makan, minum atau tidur di dalam Perpustakaan.

4. Pelajar tidak dibenarkan membuka tutup suis-suis dan mengubah kedudukan kerusi meja di dalam perpustakaan tanpa kebenaran guru PSS.

5. Pelajar dikehendaki duduk di tempat-tempat yang disediakan dan tidak dibenarkan berhimpun di rak-rak, pintu dan kaunter.

6. Pelajar dikehendaki memasukkan kembali kerusi ke bawah meja dengan kemas selepas digunakan.

7. Pelajar tidak dibenarkan masuk ke perpustakaan semasa sesi pembelajaran tanpa diiringi guru.

9. Pelajar dikehendaki meletakkan beg mereka di luar perpustakaan di tempat yang disediakan.

Bahan-bahan Perpustakaan

1. Pelajar mesti menggantikan kos buku-buku yang dihilangkan, diconteng atau dirosakkan.

2. Akhbar atau majalah hendaklah dikembalikan ke tempat asal dan tidak dibenarkan dibawa keluar dari Perpustakaan.

3. Buku-buku yang selesai digunakan hendaklah diletakkan di tempat disediakan.


Peringatan:

Tindakan boleh diambil pada pelajar-pelajar yang melanggar peraturan Perpustakaan.

CARTA ORGANISASI PUSAT SUMBER 2010


PENGERUSI
En. Mohd Ali b. Mohd Shah
(Guru Besar)

NAIB PENGERUSI
En. Abdul Razak b. Singah
(GPK I)

SETIAUSAHA
Cik Norfazelina binti Fadzil
(Guru Perpustakaan & Media)

AJK

Pn. Nadirah Abd Kadir
(Bilik tayangan )

Cik Fasyalinawati Sulaiaman
(Bilik BBM)

En. Zahaludin Adam
(Makmal komputer)

Pn. Rashidah Rahman
(Bilik SAL)

OBJEKTIF PSS

  • Menyediakan sumber-sumber bagi kemudahan
    guru dan pelajar.

  • Menyediakan tempat untuk guru- guru
    merancang dan menghasilkan sumber-
    sumber pengajaran dan pembelajaran

  • Meningkatkan profesionalisme guru

  • Mengumpul, menyimpan dan mengedar pelbagai
    jenis maklumat.

  • Membina program media untuk pengajaran dan
    pembelajaran.

  • Menyediakan perisian pendidikan untuk
    kegunaan guru dan pelajar
VISI PSS

Membudayakan teknologi pendidikan selaras dengan
Falsafah Pendidikan Negara

MISI PSS

Menjadikan Pusat Sumber Sekolah pusat penyebaran ilmu dan maklumat

____________________________________________


Penafian: Segala catatan dan terbitan di dalam blog ini merupakan catatan peribadi dan bebas. Penulis tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan dan tanggungan yang berkaitan dengan segala yang tertera disini.