Khamis, 30 September 2010

PEMANTAUAN PROGRAM LINUS 2010

Pada 29 September 2010, SK Bukit Gemuruh telah menerima lawatan pemantauan Program LINUS dari Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti, Kementerian Pelajaran Malaysia. Objektif pemantauan ialah bagi melihat pelaksanaan dan memantau perjalanan program LINUS di sekolah berdasarkan garis panduan yang telah dikeluarkan. LINUS merupakan salah satu dari empat sub Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA)Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kumpulan tersebut terdiri dari En. Asran Hj. Amisah (Nazir JNJK Putrajaya), En. Abdul Wahab Ibrahim (Pensyarah Kanan IAB) dan En. Wan Abdullah Wan Mahmood (Nazir JNJK Cawangan Raub).










Segala saranan dan teguran yang diberi amat dihargai dan akan dijadikan panduan untuk memantapkan pelaksanaan program LINUS. Terima kasih diucapkan.

PERTANDINGAN MEMBINA LOGO 1 MALAYSIA & MEWARNA LOGO 1 MALAYSIA

Bersempena Hari Kemerdekaan ke-53, PSS telah mengadakan beberapa aktiviti untuk murid Tahap 1 dan Tahap 2. Berikut senarai nama pemenang bagi pertandingan membina logo 1 Malaysia:


Tahap 1

Johan : Amirul Zamani (T3)
N. Johan : Amefazreeikhmal (T3)
Tempat ke-3: Arnessa (T1)

Tahap 2

Johan : Shahrul Amierol (T4)
N. Johan : Zulkifli (T4)
Tempat ke-3 : Norazlin (T4)


PERTANDINGAN MENULIS KARANGAN "AKU SEHELAI BENDERA"

Pertandingan ini terbuka kepada semua murid Tahun 3, 4,5 dan 6.

Berikut adalah senarai pemenang:

Johan : Siti Rosmilawati (T6)
N. Johan: Hairudin Hairi (T5)
Tempat ke-3 ; Amesaliana (T5)


* Semua hadiah telah disampaikan pada perhimpunan pagi 22 Ogos, 2010 oleh GPK1 SKBG*.


____________________________________________


Penafian: Segala catatan dan terbitan di dalam blog ini merupakan catatan peribadi dan bebas. Penulis tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan dan tanggungan yang berkaitan dengan segala yang tertera disini.