Isnin, 31 Mei 2010

WIRELESS


Mulai 25 Mei 2010......Sekolah Kebangsaan Bukit Gemuruh dilengkapi dengan pemasangan Stream TX Wireless (CDMA-EVDO).


Untuk makluman sekolah ini tidak menerima pancaran Gelombang Selular. Dengan itu secara rasminya medium perhubungan bagi sekolah ini adalah INTERNET:

Kepada mana2 Jabatan yang ingin berurusan secara online ...... sila layari..

cbaa001bera@gmail.com
atau
skbgemuruh.blogspot.com


-dipetik dari: http://rajabukit.blogspot.com/

Rabu, 26 Mei 2010

SESI MEMPERKENALKAN BAHAGIAN BUKU

Pada 24 Mei, 2010 pengawas perpustakaan telah mengadakan sesi pengenalan bahagian-bahagian buku sewaktu perhimpunan pagi.



PERTANDINGAN SEMPENA HARI GURU

Sempena memeriahkan sambutan Hari Guru 2010, PSS SKBG telah menganjurkan pertandingan mewarna bagi Tahap I dan rekacipta kad ucapan Hari Guru (Tahap II).

Berikut adalah senarai nama pemenang.

Tahap I

Tempat pertama: Amirul Zamani (Tahun 3)
Tempat kedua : Noranisah (T2)
Tempat ketiga : Arnessa (T1)
Tempat ke-4 : Norhasnizawati (T1)
Tempat ke- 5 : Amefazreeikhmal (T3)

Tahap II

Tempat pertama: Shahrul Zarizam (T5)
Tempat kedua : Nurzahirah (T5)
Tempat ketiga : Masnita (T6)
Tempat ke-4 : Siti Rosmilati (T6)
Tempat ke-5 : Rosnadia (T6)

Berikut adalah gambar-gambar yang diambil sewaktu majlis penyampaian hadiah pada 24 Mei, 2010. Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh GPK1 SKBG , En. Abd Razak b. Singah.
Tahniah diucapkan kepada para pemenang.










____________________________________________


Penafian: Segala catatan dan terbitan di dalam blog ini merupakan catatan peribadi dan bebas. Penulis tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan dan tanggungan yang berkaitan dengan segala yang tertera disini.