- Merancang dan mengajar mata pelajaran antara 6 hingga 8 waktu seminggu.
 - Merancang dan melaksanakan dasar dan program tahunan pusat sumber sekolah.
 - Merancang dan mengurus belanjawan tahunan pusat sumber sekolah.
 - Merancang pemerolehan dan pembinaan koleksi yang komprehensif, seimbang dan kemaskini.
 - Merancang dan melaksanakan Program Kemahiran Maklumat dan perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah yang menyokong pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran.
 - Merancang dan mengurus program pembacaan (Program NILAM) dan pembudayaan ilmu.
 - Merancang, melaksana dan menyelaras program pembangunan staf dan program latihan dalaman berhubung dengan pusat sumber sekolah.
 - Merancang dan mengurus program promosi pusat sumber sekolah.
 - Bekerjasama dengan guru-guru dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran berasaskan sumber secara kolaboratif.
 - Berhubung dan bekerjasama dengan BTPN/PKG/Perpustakaan Awam untuk meningkatkan perkhidmatan dan program pusat sumber sekolah.
 - Menyelia dan mengurus bahan-bahan pusat sumber sekolah.
 - Menyedia dan mengedar minit mesyuarat JK Induk/Kerja pusat sumber sekolah.
 - Memantau dan mengawal selia pelaksanaan program pusat sumber sekolah.
 - Melaksanakan tugas semakan stok dan inventori peralatan pusat sumber sekolah.
 - Mempromosi dan menjadi ahli Persatuan Perpustakaan/Pusat Sumber Sekolah Negeri.
 - Menjalankan penyelidikan / kajian tindakan berhubung dengan perkhidmatan pusat sumber sekolah.
 - Menyediakan laporan serta analisis pelaksanaan pembangunan, pengurusan program dan aktiviti serta kewangan pusat sumber sekolah.
 - Menghantar data dan laporan pelaksanaan Program Pusat Sumber Sekolah (Oktober) dan NILAM (April dan Oktober) kepada BTP melalui PKG dan BTPN setiap tahun.
 - Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengurusan sekolah dari semasa ke semasa.
 
{BUKU PANDUAN TUGAS PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH UNTUK GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA SEKOLAH (GPM) terbitan Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia, 2007)
-sumber: blog pusat sumber smkm
Tiada ulasan:
Catat Ulasan