Jumaat, 19 Mac 2010

PERATURAN PSS


Disiplin

1. Pelajar diminta senyap apabila memasuki perpustakaan.

2. Pelajar mesti beratur semasa meminjam atau memulangkan buku.

3. Pelajar tidak dibenarkan makan, minum atau tidur di dalam Perpustakaan.

4. Pelajar tidak dibenarkan membuka tutup suis-suis dan mengubah kedudukan kerusi meja di dalam perpustakaan tanpa kebenaran guru PSS.

5. Pelajar dikehendaki duduk di tempat-tempat yang disediakan dan tidak dibenarkan berhimpun di rak-rak, pintu dan kaunter.

6. Pelajar dikehendaki memasukkan kembali kerusi ke bawah meja dengan kemas selepas digunakan.

7. Pelajar tidak dibenarkan masuk ke perpustakaan semasa sesi pembelajaran tanpa diiringi guru.

9. Pelajar dikehendaki meletakkan beg mereka di luar perpustakaan di tempat yang disediakan.

Bahan-bahan Perpustakaan

1. Pelajar mesti menggantikan kos buku-buku yang dihilangkan, diconteng atau dirosakkan.

2. Akhbar atau majalah hendaklah dikembalikan ke tempat asal dan tidak dibenarkan dibawa keluar dari Perpustakaan.

3. Buku-buku yang selesai digunakan hendaklah diletakkan di tempat disediakan.


Peringatan:

Tindakan boleh diambil pada pelajar-pelajar yang melanggar peraturan Perpustakaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


____________________________________________


Penafian: Segala catatan dan terbitan di dalam blog ini merupakan catatan peribadi dan bebas. Penulis tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan dan tanggungan yang berkaitan dengan segala yang tertera disini.